Proses Pembinaan

1. Pelan

2. Pinjaman


.  Urusan Pindahmilik Tanah kepada Pembeli Rumah.
  • Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan pindahmilik tanah.
    • Borang 14 A (Borang Pindahmilik Tanah)
    • Borang PDS 15 (Borang Taksiran cukai)
    • Salinan Geran
    • Salinan kad pengenalan penjual & pembeli
    • Bukti pembayaran hasil tanah bagi tahun semasa( resit bayaran cukai tanah)
2.  Pendaftaran Cagaran Hakmilik kepada pembiaya.
  • Cagaran bermaksud harta yang dibeli digadai atau diserahhak kepada pembiaya sebagai jaminan bagi menjaga kepentingan peminjam dan pembiaya.
  • Tujuan urusan cagaran adalah untuk dijadikan sebagai jaminan kepada pembiaya yang memberi pinjaman dan selain itu untuk membolehkan bayaran pinjaman dikeluarkan kepada Penjual/ Pemaju.
  • Peguam perlu melengkapkan Borang Pendaftaran Cagaran (Borang 16A KTN)
3.  Tuntutan bayaran kemajuan kerja daripada BPP/ Bank.
  • Penyediaan jadual bayaran kepada perjanjian kontrak membina rumah dan tanah milik sendiri atau yang dibeli melalui pinjaman perumahan hendaklah mengikut peringkat kesiapan seperti berikut:

1. Apabila perjanjian selesai ditandatangani10 %
2. Dalam tempoh dua puluh satu hari selepas peminjam menerima notis  bertulis dari kontraktor menyatakan siapnya:
(a) Kerja-kerja asas dan pertapakan bangunan15 %
(b) Rangka konkrit bertetulang bangunan10 %
(c)  Dinding-dinding  bangunan tersebut berserta rangka-rangka pintu dan tingkap terpasang pada  tempatnya10 %
d)  Memasang bumbung, pendawaian elektrik dan saluran paip(tanpa lengkapan) pada bangunan
tersebut
10 %
(e) Kerja melapis dalam dan luar bangunan tersebut10 %
(f)  Jalan, parit dan saluran najis bangunan tersebut15 %
3. Semasa serahan pemilikan kosong dan sambungan bekalan elektrik dan air pada bangunan15 %
4. Dipegang oleh peguamcara  sebagai Pemegang Pertaruhan untuk bayaran kepada kontraktor
seperti berikut:
5 %
(a) Apabila tamat tempoh enam(6) bulan selepas serahan pemilikan kosong – (2.5%)
b) Apabila tamat tempoh lapan belas (12) bulan selepas pemilikan kosong   (2.5%)



3. Pembinaan

No comments:

Post a Comment